Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya, Bertanya di manakah pasangan jiwa berada.Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.
Keinginan bertemu pasangan jiwa, Bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga.Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja.Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya,Insyaallah, akan dipertemukan suatu hari nanti.
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih.Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati.Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa.Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.
Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian
(credit to iluvislam)
Friday, January 7, 2011
Menanti Belahan Jiwa
sWeEet nGoMeL@N by Mastura at 12:10 AM 0 SwEeT sOuR
Thursday, January 6, 2011
Tangisan Jiwa
berlinang air mata
tercurah membasahi luka
luka yang tiada pernah berujung
perih begitu menghujam dalam jiwa
tangisan ini takkan berakhir
tak ada sesal…
tak ada benci…
hanya luka…
luka…
luka…
berbekas…
dan takkan menghilang
menghantui dalam seluruh waktu
menertawai dalam seluruh waktu
memecah menjadikan luka-luka baru
tersudut dalam ruang gelap
diantara silaunya sorotan mata
kekecewaan…
berlalu tanpa berakhir
dengan langkah terlunta-lunta
menghakimi diri dengan kekecewaan
menghakimi diri dengan kelusuhan
terhempas dalam ruang gelap
diantara ricuhnya suara
berdengung mencekik telinga
(credit to Psycho)
sWeEet nGoMeL@N by Mastura at 11:22 AM 0 SwEeT sOuR
Labels: Puisi Hati
Luka
yang ada hanya
sepi....
saat aku ingin berdiri
yang ada hanya
lirih bisu….
diamkan saja aku…
sampai goresan hati terbuka kembali
biarkan saja aku!!!
hingga luka lama terubat kembali
hentikan….
tolong..
jangan sakiti aku lagi…
demi hati ku, hatimu, dan .…..
(credit to rafiqa humaira)
sWeEet nGoMeL@N by Mastura at 10:56 AM 0 SwEeT sOuR
Labels: Puisi Hati
Tuesday, January 4, 2011
Buat Insan Yang DiUji
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.
Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.
sWeEet nGoMeL@N by Mastura at 11:54 AM 0 SwEeT sOuR
Labels: Takdir Hati
