BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 26, 2012

Berhenti Berharap Duhai Hati

Berhentilah berharap duhai hati, kamu bukan calon untuk dia, La Tahzan, jangan bersedih ya Mastura dan teruskan berdoa,yang terbaik sedang menanti kamu. Biarkan titian itu terus bersambung mencari arah. Life is too short to waste tears on a man that does not love and respect you ya Mastura.
Allahumma la sahla, illa maa ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna izaa shi’ta sahla.
Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau yang menjadikannya mudah, dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah, jika Engkau mengkehendakinya mudah.
Ya Allah...
Ya Rahman…
Ya Rahim…
Please guide me to the right path. So then, i will return to U in peace and harmony with barakah...Ameen~
Ikhlas dari hati Cik Butterfly


Nota Hati Dua Puluh Enam Hari Bulan Sebelas Dua Ribu Dua Belas

Time is all we have, we can not fast forward it, we can not rewind it, all we can do is live in the time of now.....

Sunday, November 25, 2012

13 Aurat Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Thursday, November 22, 2012

KEM MOTIVASI DAN KECERGASAN PROPERTY OPERATIONS 2012

Property Operations Zon Selatan dengan kerjasama  TMTC Selatan telah  berjaya menganjurkan kem motivasi  & Kecergasan untuk  anggota-anggota Property Operations yang telah diadakan di Melaka pada 16 – 18 Nov 2012 baru-baru ini.

Region yang terlibat antaranya ialah Region Selatan (Tuan Rumah), Region Tengah, Region Timur, Region Utara, Region Sabah, Region Sarawak, CBC/IP & Prop Mgmt.(Jemputan).
Bertempat di Menara TM Melaka, kem motivasi ini yang bermula dari 16 - 18 Nov 2012 ini telah dirasmikan oleh Tn  Hj. Mohd Nasir Bin Abdullah, Pengurus Besar Property Operation. Selain dari ceramah motivasi oleh Tn Hj Abdullah Bin Jamil ( TMTC), acara sukan juga telah diadakan bertujuan bagi merapatkan lagi tali siratulrahim sesama anggota-anggota Property Operation. Antara acara sukan yang terlibat adalah Futsal, Bola Tampar, Badminton, Ping Pong, Bowling, Dart, Congkak & Golf.

Kem motivasi ini telah ditutup dengan rasminya oleh Vice President, Support Business, Encik Zam Ariffin Bin Ismail. Antara tetamu yang hadir di majlis penutupan ini ialah Pengurus Besar Negeri Melaka, Encik Rozlan Bin Mohamed. 
Jom cuci mata dengan pic yang sangat sangat sangat menarik pose terbaik dari kami2 semua.

Senarai pemenang


Antara aktiviti-aktiviti yang di adakan.


Cik Butterfly with Cik Kamelia


with my group Bowling. ensem kan my bos ni, hihi


Ini lah hadiah kemenangan Cik Butterfly, hanya menumpang tuah my group, haha


Semangat kesukanan ni, haha

okieeesss itu sahaja utk kali ni, Hope Cik Butterfly menang lagi tahun depan, pape pon epy dengan pengalaman yang di perolehi. Babai KASPO 2012.

Omelan Cik Butterfly di opis rite now.



Doa utk GAZA

" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin 


Wednesday, November 21, 2012

Nota HAti Si Butterfly


Maha Suci Hati




Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu.amin Ya Rabbal Alamin

  
Ya Allah, jika saya jatuh cinta, cintakanlah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatan hambaMu ini untuk menyintaiMu..Ya Muhaimin, jika saya jatuh hati, izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar tidak terjatuh saya pada jurang nafsu..Ya Rabbana jika saya jatuh hati, jagalah hati ini padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..Ya Rabbul Izzati jika saya rindu, rindukanlah saya pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..Ya Allah jika saya menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...Ya Allah, jika Engkau halalkan saya merindui kekasihMu, jangan biarkan saya melampaui batas sehingga melupakan saya pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU

Ya ALLAH, kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap

Ya ALLAH, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya ALLAH) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Engkau sendiri

Ya ALLAH, kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri , walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu

Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahmu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya ALLAH ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA (yang sebenar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal lepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

Ya Allah, jika mati itu baik bagiku, aku redha dengan taqdir-Mu. Jika hidup itu baik bagiku, bantulah aku membina kekuatan dari dalam diri. Ampunkan dosa2ku pada setiap kesilapanku, jauhkanlah aku daripada sifat munafiq. Ampunkan daku Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosaku yang terdahulu & dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa kulakukan secara sulit tersembunyi & dosa kulakukan secara terbuka, sebanyak mana Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu

Tiada Tuhan Melainkan Engkau Ya Allah. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya hambaMu ini tergolong orang-orang yang zalim

Ya Allah Tuhan kami, kami minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang kami telah bertaubat, tapi setelah itu kami lakukan semula. Kami minta ampun daripada semua yang telah kami janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak kami laksanakan

Kami bertaubat daripada dosa waktu kami ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu

Kami mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah kami gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, kami minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut


hasil nukilan : Maha Suci HAti

Sunday, November 4, 2012

Stay Strong Hema

Smile Hema & let everyone know that today you're a lot stronger than you were yesterday.


Saturday, November 3, 2012

I'm Afraid


I just want to tell you how much I want you, but i'm afraid of your response...