BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 21, 2011

Andai Aku Adalah Tulang Rusuk Mu Yang Hilang




Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


Kerana….

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Buat bakal imam Ku

Tuesday, August 9, 2011

Surah Al-Hadid: 22-23


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Wednesday, August 3, 2011

Andaiii....



Andai rasa sedih,pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..
Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..
Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..
Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..
Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat~

Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum........

Marhaban Ya Ramadhan,

kita ucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua.

Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.”

Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan kami ucapkan buat semua tetamu ramadhan.