BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 19, 2012

Why didn’t you pray?



Why don’t you pray?

What excuses do you have that you don’t pray?

You’re busy? Busy for what? Busy for what?

You’re busy to pray five prayers to Allah (aza’wa jal) in which each prayers would not even take you 10 minutes. You’re busy to give Allah 10 minutes and you not busy to give 10 hours and 20 hours and 100 of hours to this Dunya. You’re busy to give Allah (aza’wa jal) 2 hours a day and you’re not busy to give dallers hours. . You’re busy to give Allah (subhanahu wa ta’ala) 1 or 2 hours to pray to Him standing front of Him, glorying Him and thanking what He has given you and you not busy hang-out with the creations of Allah hours and hours.-Sheikh Shady Al-Suleiman.



It’s clear to Prophet Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) statement said, As he’s final words before he passed away from this Dunnya (sallallahu alaihi wasallam) said:

As-Salat take care of your salah, take care of your salah, take care of your salah, protect the salat as your salat is your protection in this World and Hereafter take care of your salah as the salah will take care of you in this Dunya and Hereafter.

May Allah (Subhanahu wa ta’ala) accept all our good deeds and forgive all evil thing we have commit and May Allah (Subhanahu wa ta’ala) accept our Prayers and Du’as and May Allah (Subhanahu wa ta’ala) make us among those who strive for the Hereafter rather than this Worldly Life.-Ameen Aameen ya Rabb!”

copy paste from this

Tuesday, December 18, 2012

Darjat Kamu Wanita



Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa perkara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut disenaraikan di bawah ini.



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, '' Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayag tidak akan sia-sia.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfar para malaikat untuknya. ALLAH mencatat baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang sakit hendak bersalin, maka ALLAH akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan ALLAH.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak disusui,maka bagi setiap ibu itu satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur malam memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba yang ikhlas untuk membela agama ALLAH.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah,{barang makan dari pasar ke rumah} lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak NABI ISMAIL A.S.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya {10, 000 tahun}

10. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang dikehendakinya.

11. Wanita yang solehah{baik} lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya daripada wanita?? Jawab Rasulullah, "suaminya" "siapa pula berhak ke atas lelaki. ?? Jawab Rasulullah "ibunya".

13. Apabila memanggil dan engkau kedua ibi bapanya, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung-burung di udara,malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar kepadanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat pada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama-sama anak- anaknya akan tinggal bersama aku{NABI S.A.W.} di dalam syurga.

18. Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan dan ia bersikap ihsan pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh takwa dan rasa tanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah R.A. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa NABI meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah..

Monday, December 17, 2012

Nota Hati Enam Belas Hari Bulan Dua Belas Dua Ribu Dua Belas


No one can search the right path of your life for you... You have to light your own torch of faith... and walk under the guidance of your heart...

Aku Tidak Kuat


“Pada hakikatnya, aku tidak selalu kuat. Aku cuma memilih tidak terlihat lemah dimata manusia.Sedang dihadapan Tuhan,Tanpa segan silu, Aku mengaku bahawa aku sudah sangat tidak mampu. Dengan linangan air mata,dan rintihan tanpa suara.dan sekiranya manusia tahu, apa yang aku lalui.maka mereka akan tertanya-tanya,bagaimana aku mampu..dan justeru mereka akan mengerti,mengapa aku begini. Lalu, mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki.” 





kredit : Tersenyum melihat langit

Sunday, December 16, 2012

Buat Sahabatku Nornazihah Che Halim




Maaf, dari relung hati yang paling dalam.

 Assalamualaikum.

Ke hadapan seorang sahabat, kakak yang sangat baik, teman menangis ,teman bersedih , teman merasai perih pedih sebuah kehidupan.

Alhamdulillah, perkhabaran tentang walimatul urus kamu, telah saya terima sejak awal.

Siapa tahu kan? jodoh adalah misteri. anugerah yang indah namun tersmbunyi. Takdir Allah.

dan saya tahu, sangat tahu, bahawa kehadiran saya sangat diharapkan bukan?

dan saya tahu, bahwa awak akan merajuk dan terasa hati, jika saya tak hadir.

tapi, maaf, maaf dari lubuk hati, saya tak dapat pergi.

T_T siapa yang tak mahu hadir pada majlis kahwin sahabat sendiri?

dan siapa yang tak mahu hadir, melihat dengan mata kepalanya seorang sahabat yang dulu dia bermain-main, bergelak ketawa,

bahkan bermasam muka, akan akhirnya melangkah ke satu fasa kehidupan baru, menjadi seorang isteri, seorang suri di hati seorang lelaki?

dia kini bukan lagi gadis kecil yang manja, tapi seorang wanita yang bertuah.

siap dimiliki dan memikul tanggungjawab dan amanah Tuhan.

kalaulah kamu boleh tahu, betapa saya sangat ingin hadir ke majlis kamu.

tapi, maaf, keadaan sangat tidak mengizinkan.

dan saya tahu, apa pun alasan tidak memungkinkan saya memujuk kamu.

dan saya tahu, apa pun utusan tidak akan membuat kamu senang hati. kan?

tapi, jujur, saya mahu kamu tahu satu perkara.

bahawa kalau ada sahabat lain yang bergembira dan berbahagia atas perkahwinan kamu ini, maka saya adalah yang paling gembira, senang hati dan berbahagia.

dan kamu tahu, kalau kamu sedih saya tidak hadir, maka ketahuilah bahawa kesedihan saya adalah lebih dari kesedihan kamu.

dan, kamu tahu?

DIA sedang meberikan limpah rahmat dan kasih sayangNYA buat kamu.

DIA telah memakbulkan doa kita, doa saya dan kamu, semoga kamu beroleh seseorang yang baik, sebagai pasangan hidup kamu,

hari itu kelak adalah hari terindah, hari paling bahagia buat seorang sahabat yang sangat baik. sangat jujur, dan sangat memahami.

hari itu kelak, adalah menjadi bukti, bahawa tanggapan dan kepercayaan kita pada takdir dan aturanNYA, tidak pernah salah.

hari harapan menjadi kenyataan.

hari impian menjadi realiti,

hari doa dikabulkan.

berbahagialah, kakak.

walau tanpa kehadiran saya, budak kecil yang selalu nakal dan mengusik kamu.

seorang budak kecil yang terkadang hanya mampu merenung titis demi titis air matamu yang jatuh dipipi kamu, tanpa mampu berbuat apa, bahkan hanya diam dan membisu.

berbahagialah, bahawa separuh dari agamamu, kelak akan dilengkapi.berbahagialah, bahawa nanti akan ada seseorang yang lebih baik dan sudi berkongsi semua sisi kehidupanmu,

jauh lebih baik dari yang pernah saya lakukan.

berbahagialah kakak.

mungkin majlis kamu yang ini, tidak dapat saya hadiri, tapi, insyaAllah, kita akan bertemu lagi

percayalah, bahawa doa saya akan tetap mengiringi,

walau jasad, dan air mata saya tidak ada disisi.

berbahagialah, jangan ada duka, Tuhan sedang memberikan bahagia,buat kamu. Selamat Pengantin Baru buat sahabatku dunia dan akhirat...






Saturday, December 15, 2012

Kerana HATI Itu


kєrαnα hαtí mαnusíα ítu...

tєrlαlu вєrnílαí untuk dísαkítí,

tєrlαlu mαhαl untuk dísíα-síαkαn

dαn tєrlαlu вєrhαrgα untuk díhαncurkαn.

íngαtαn вuαt dírí.. jαngαn tєrsαlαh

mєmвєrí hαtí pαdα ínsαn чαng tαk sudí,

pαdα ínsαn чαng tαk mєngєrtí.

kєrαnα sєkαlí kαu mєmвєrí,sєlαmαnчα díα dí hαtí,

kєrαnα sєkαlí kαu dílukαí, sαmpαí вílα-вílα

pun tєtαp kαu íngαtí.. íngαtαn untuk dírí..

hαtí2lαh dαlαm mєmвєrí hαtí, sєвαв íα hαnчα

untuk ínsαn чαng tαhu mєnghαrgαí

вєtαpα tínggínчα nílαí sєkєpíng hαtí..

Monday, November 26, 2012

Berhenti Berharap Duhai Hati

Berhentilah berharap duhai hati, kamu bukan calon untuk dia, La Tahzan, jangan bersedih ya Mastura dan teruskan berdoa,yang terbaik sedang menanti kamu. Biarkan titian itu terus bersambung mencari arah. Life is too short to waste tears on a man that does not love and respect you ya Mastura.
Allahumma la sahla, illa maa ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna izaa shi’ta sahla.
Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau yang menjadikannya mudah, dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah, jika Engkau mengkehendakinya mudah.
Ya Allah...
Ya Rahman…
Ya Rahim…
Please guide me to the right path. So then, i will return to U in peace and harmony with barakah...Ameen~
Ikhlas dari hati Cik Butterfly


Nota Hati Dua Puluh Enam Hari Bulan Sebelas Dua Ribu Dua Belas

Time is all we have, we can not fast forward it, we can not rewind it, all we can do is live in the time of now.....

Sunday, November 25, 2012

13 Aurat Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Thursday, November 22, 2012

KEM MOTIVASI DAN KECERGASAN PROPERTY OPERATIONS 2012

Property Operations Zon Selatan dengan kerjasama  TMTC Selatan telah  berjaya menganjurkan kem motivasi  & Kecergasan untuk  anggota-anggota Property Operations yang telah diadakan di Melaka pada 16 – 18 Nov 2012 baru-baru ini.

Region yang terlibat antaranya ialah Region Selatan (Tuan Rumah), Region Tengah, Region Timur, Region Utara, Region Sabah, Region Sarawak, CBC/IP & Prop Mgmt.(Jemputan).
Bertempat di Menara TM Melaka, kem motivasi ini yang bermula dari 16 - 18 Nov 2012 ini telah dirasmikan oleh Tn  Hj. Mohd Nasir Bin Abdullah, Pengurus Besar Property Operation. Selain dari ceramah motivasi oleh Tn Hj Abdullah Bin Jamil ( TMTC), acara sukan juga telah diadakan bertujuan bagi merapatkan lagi tali siratulrahim sesama anggota-anggota Property Operation. Antara acara sukan yang terlibat adalah Futsal, Bola Tampar, Badminton, Ping Pong, Bowling, Dart, Congkak & Golf.

Kem motivasi ini telah ditutup dengan rasminya oleh Vice President, Support Business, Encik Zam Ariffin Bin Ismail. Antara tetamu yang hadir di majlis penutupan ini ialah Pengurus Besar Negeri Melaka, Encik Rozlan Bin Mohamed. 
Jom cuci mata dengan pic yang sangat sangat sangat menarik pose terbaik dari kami2 semua.

Senarai pemenang


Antara aktiviti-aktiviti yang di adakan.


Cik Butterfly with Cik Kamelia


with my group Bowling. ensem kan my bos ni, hihi


Ini lah hadiah kemenangan Cik Butterfly, hanya menumpang tuah my group, haha


Semangat kesukanan ni, haha

okieeesss itu sahaja utk kali ni, Hope Cik Butterfly menang lagi tahun depan, pape pon epy dengan pengalaman yang di perolehi. Babai KASPO 2012.

Omelan Cik Butterfly di opis rite now.



Doa utk GAZA

" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin 


Wednesday, November 21, 2012

Nota HAti Si Butterfly


Maha Suci Hati




Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu.amin Ya Rabbal Alamin

  
Ya Allah, jika saya jatuh cinta, cintakanlah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatan hambaMu ini untuk menyintaiMu..Ya Muhaimin, jika saya jatuh hati, izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar tidak terjatuh saya pada jurang nafsu..Ya Rabbana jika saya jatuh hati, jagalah hati ini padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..Ya Rabbul Izzati jika saya rindu, rindukanlah saya pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..Ya Allah jika saya menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...Ya Allah, jika Engkau halalkan saya merindui kekasihMu, jangan biarkan saya melampaui batas sehingga melupakan saya pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU

Ya ALLAH, kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap

Ya ALLAH, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya ALLAH) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Engkau sendiri

Ya ALLAH, kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri , walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu

Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahmu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya ALLAH ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA (yang sebenar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal lepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

Ya Allah, jika mati itu baik bagiku, aku redha dengan taqdir-Mu. Jika hidup itu baik bagiku, bantulah aku membina kekuatan dari dalam diri. Ampunkan dosa2ku pada setiap kesilapanku, jauhkanlah aku daripada sifat munafiq. Ampunkan daku Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosaku yang terdahulu & dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa kulakukan secara sulit tersembunyi & dosa kulakukan secara terbuka, sebanyak mana Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu

Tiada Tuhan Melainkan Engkau Ya Allah. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya hambaMu ini tergolong orang-orang yang zalim

Ya Allah Tuhan kami, kami minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang kami telah bertaubat, tapi setelah itu kami lakukan semula. Kami minta ampun daripada semua yang telah kami janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak kami laksanakan

Kami bertaubat daripada dosa waktu kami ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu

Kami mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah kami gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, kami minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut


hasil nukilan : Maha Suci HAti

Sunday, November 4, 2012

Stay Strong Hema

Smile Hema & let everyone know that today you're a lot stronger than you were yesterday.


Saturday, November 3, 2012

I'm Afraid


I just want to tell you how much I want you, but i'm afraid of your response...

Monday, October 29, 2012

Air Laut Itu Berwarna Hijau?

Betul ke air laut itu berwarna hijau? termenung sambil tangan di kepala... :-)


Tuesday, October 23, 2012

KELIRU



Aku keliru, apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki? Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan? Atau pada akhlak yang menawan? Biar apa pun jawapannya, aku tetap aku. Aku seorang wanita. Fitrahku sukakan diri cantik jelita. Namun, bukan kecantikan di mata manusia, sebaliknya.. AKU MENCARI KECANTIKAN YANG DIIKTIRAF TUHAN!


Nota Hati Dua Puluh Tiga Hari Bulan Sepuluh Dua Ribu Dua Belas




Monday, October 22, 2012

Kamu TIARA gurlz yang ceria




Apabila Ia Menyerang

Sangat sangat sangat lapar,pikir punye pikir,last2 ini jer yang mampu di masak untuk hilangkan krok krek krokk krekk nyanyian perut ni. Memacam hiasan untuk menambahkan selera tapi akhirnya en tong jugak jadi tempatnya. Maaf en meggi, keenakan mu masih tidak menandingi perut ku yang bergelora ni hanya angkara terlewat makan, aduhaiii sabar yer wahai perut, ur smarties dlm proses untuk ditelan. Moga-moga bertahan sehingga kabus hilang. Amin.... Mood cik rama-rama : apabila gastrik menyerang, ubatnya tido jerlah. Nite my blog, teruskan bertahan wahai perut ku :-(

Sunday, September 30, 2012

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:





1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU


1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.


seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN


percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.


3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS


bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4)TABAH DI SAAT TERHINA


setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN


bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.


6)MENGASIHI TANPA BALASAN


kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI



dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Sepetang Bersama Budak Comel


Weeehiuuuu... Senyum seme,haha kiut miut kan,apabila bersama kompem snap pic for memory, seme berjangkit ngan cik sue nye,haha it's ok anak-anakku, gembiraka hati kita untuk keceriaan esok hari dan apa yang penting....kerjasama..haha babai,c u all next entry.

Ikhlas celoteh, 

Miss rama-rama in de opis rite now.

Saturday, September 29, 2012

GEMBIRAKAN ORANG LAIN



Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.



Jika S.T.R.E.S.S.



Sebagai peringatan buat diri ini dan semua sahabat!

"Jika kita selalu stress, bacalah Quran, dekatkan diri kpd Allah"

TINGGG...TINGGG !!!




TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Doa Cinta

"Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"




Tuesday, September 25, 2012

Wanita Perlu Ada Ini


Tuesday, September 18, 2012

P.U.T.U.S.T.U.N.A.N.G



Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh,

Betapa berat hati ketika ingin memulakan entry ini tetapi berat lagi perasaan yang ditanggung ketika ini.Siapa yang tidak gembira apabila mendapati dirinya sudah mula mengorak langkah kearah alam rumahtangga. Tapi betullah kata orang-orang dahulu, mencintai tidak bermaksud memiliki, dan firman Allah ada menyatakan "Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui." Tetapi apa yang berlaku keatas diri saya berlainan dari hal di atas, setiap detik berada didalam alam pertunangan adalah kisah air mata yang tidak dapat ditafsirkan oleh pandangan luar. Terdetik hanya satu ayat yang sesuai untuk mengambarkan situasi iaitu KESILAPAN bertunang. Tersilap memilih calon suami, calon anak untuk ayah saya dan calon adik untuk kakak-kakak saya.



Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup.Sujud syukur kepada Allah SWT kerana memberi pengalaman ini. Melepaskan sesuatu yang bukan hak kita adalah seperti melepaskan batu besar yang jatuh ke bawah. Walaupun bunyinya menyakitkan telinga tapi jelas terlihat kepuasan di mata. Putus tunang sentiasa disalah ertikan banyak pihak. Ramai yang mengatakan putus tunang itu merupakan bala atau pengakhiran dalam hidup. Jika orang bertanya dengan saya, kenapa putus tunang? Jawapan paling mudah yang diberi. Tiada jodoh. Maka itulah yang sebaiknya kerana, Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Saya hanya perlu redha dengan apa yang terjadi kerana putus tunang ini saya anggap lebih kepada petunjuk daripada Allah SWT kepada saya sendiri. Ketika dalam keadaan kecewa, sebenarnya Allah SWT sedang berbicara secara terus dengan diri kita. Bukankah lebih baik diuji daripada dibiarkan hilang hidayah dan pedoman? Sekurang-kurangnya, apabila kita diuji, ini menunjukkan Allah SWT masih menyayangi kita dan tidak mahu kita terpinga-pinga mencari hidayah Allah SWT.  Memang begitulah rahmat Allah SWT, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bertunang. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

 "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!" Insyaallah. Amin...




Monday, September 17, 2012

S.M.I.L.E

I was smiling yesterday , I am smiling today and I will smile tomorrow simply because life is too short to cry for anything



Allah tetap sayang kita

Wednesday, August 29, 2012

Nota buat Hema


"...Tersenyumlah Hema,walaupun hatimu sedikit terluka dan terlalu sedih..kerana senyumanmu itu walaupun bukan untuk sesiapa, tetapi nilainya cukup untuk membuatkan hatimu sedikit lega walau terpaksa..." ;)

Friday, June 22, 2012

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE -7 TIARANITA CAWANGAN TERENGGANU

Tanggal 21 Jun 2012, merupakan hari yang bersejarah buat seluruh warga Tiaranita Terengganu dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke - 7 yang bertempat di Permai Hotel , Kuala Terengganu.

Jom layan pic.

Puan presiden ngah berucap... ok diam semua :-)


Ni lah barisan AJK yang diamanahkan membentuk Tiara


Peace semua makcik-makcik Tiara. haha


Post tanpa kata-kata membosankan, just smile yerr all Tiara Gurlz.

~ Cik Rama-rama in de blog ~



Tuesday, May 29, 2012

Nota Hati Dua Puluh Sembilan Hari Bulan Lima Dua Ribu Dua Belas

Everyone has problems. You don't know what they go through. So before you start judging, remember everyone is fighting their own war.


Ya Tuhan Ku



“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTUKESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTUCiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTUKEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”