Kedinginan pagi memaksa mata terus di buai mimpi yang indah, sejenak deringan alarm di telefon mengejutkan diri untuk bangun, di snooze untuk beberapa minit dan deringan itu masih bernyanyi memberi isyarat masa telah tiba.
Bermalasan untuk bangun tetapi perlu mencari kekuatan untuk menghadap Ilahi, hanya DIA punca segala kekuatan diri ini. Tunaikan kewajipan.
Selesai bersolat, fikiran berterusan mengemaskini setiap agenda yang akan di redahi hari ini. oppssss bersiap untuk mengambil my anak sedara yang baru balik dari indon. Semestinya sudah terbayang souvenir yang bakal diperolehi tetapi bentuk souvenir biarlah menjadi tanya tanye dahulu.
Sebelum berganjak ke almari conteng-conteng muka yang bulat ni, sekali lagi memaksa kepala memikirkan agenda untuk seterusnya, perjanjian tepat jam 9 pagi, bertolak ke Shah Alam bersama kawan yang mengharungi susah senang bersama untuk trip pada Sabtu 22/10/2011. Yipppieyyyy.... Sawarawakkk i'am cominggg.

Serba sedikit list yang wajib di bawa bersama-sama diri sendiri ,
- Baju cantek2 - Done
- Alat untuk conteng mukew - Done
- Pencuci Diri - Done
- DSLR - ngah caj batteri
- Boarding Pass - Done
- My bb - ngah caj batteri
- Photo my Daddy Tersayanggg - utk di tatap di kala kerinduan tahap gaban
ermmm masih berfikir..... mungkin hanya itu yang penting, halalkan sahaja apa sahaja yang memberatkan beg kerana lumrah wanita, tidak akan dibiarkan kosong beg yang dibawa tanpa memuatkan barang-barang walaupun tidak berapa penting. Ape pun yang pasti, hanya satu yang dipohon, selamat perjalanan pergi dan balik. Ameen...
ikhl@s nGoMeLaN,
Cik Rama-Rama in de BLoG

0 SwEeT sOuR:
Post a Comment