BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 18, 2012

P.U.T.U.S.T.U.N.A.N.G



Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh,

Betapa berat hati ketika ingin memulakan entry ini tetapi berat lagi perasaan yang ditanggung ketika ini.Siapa yang tidak gembira apabila mendapati dirinya sudah mula mengorak langkah kearah alam rumahtangga. Tapi betullah kata orang-orang dahulu, mencintai tidak bermaksud memiliki, dan firman Allah ada menyatakan "Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui." Tetapi apa yang berlaku keatas diri saya berlainan dari hal di atas, setiap detik berada didalam alam pertunangan adalah kisah air mata yang tidak dapat ditafsirkan oleh pandangan luar. Terdetik hanya satu ayat yang sesuai untuk mengambarkan situasi iaitu KESILAPAN bertunang. Tersilap memilih calon suami, calon anak untuk ayah saya dan calon adik untuk kakak-kakak saya.



Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup.Sujud syukur kepada Allah SWT kerana memberi pengalaman ini. Melepaskan sesuatu yang bukan hak kita adalah seperti melepaskan batu besar yang jatuh ke bawah. Walaupun bunyinya menyakitkan telinga tapi jelas terlihat kepuasan di mata. Putus tunang sentiasa disalah ertikan banyak pihak. Ramai yang mengatakan putus tunang itu merupakan bala atau pengakhiran dalam hidup. Jika orang bertanya dengan saya, kenapa putus tunang? Jawapan paling mudah yang diberi. Tiada jodoh. Maka itulah yang sebaiknya kerana, Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Saya hanya perlu redha dengan apa yang terjadi kerana putus tunang ini saya anggap lebih kepada petunjuk daripada Allah SWT kepada saya sendiri. Ketika dalam keadaan kecewa, sebenarnya Allah SWT sedang berbicara secara terus dengan diri kita. Bukankah lebih baik diuji daripada dibiarkan hilang hidayah dan pedoman? Sekurang-kurangnya, apabila kita diuji, ini menunjukkan Allah SWT masih menyayangi kita dan tidak mahu kita terpinga-pinga mencari hidayah Allah SWT.  Memang begitulah rahmat Allah SWT, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bertunang. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

 "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!" Insyaallah. Amin...




0 SwEeT sOuR: