BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 16, 2012

Buat Sahabatku Nornazihah Che Halim




Maaf, dari relung hati yang paling dalam.

 Assalamualaikum.

Ke hadapan seorang sahabat, kakak yang sangat baik, teman menangis ,teman bersedih , teman merasai perih pedih sebuah kehidupan.

Alhamdulillah, perkhabaran tentang walimatul urus kamu, telah saya terima sejak awal.

Siapa tahu kan? jodoh adalah misteri. anugerah yang indah namun tersmbunyi. Takdir Allah.

dan saya tahu, sangat tahu, bahawa kehadiran saya sangat diharapkan bukan?

dan saya tahu, bahwa awak akan merajuk dan terasa hati, jika saya tak hadir.

tapi, maaf, maaf dari lubuk hati, saya tak dapat pergi.

T_T siapa yang tak mahu hadir pada majlis kahwin sahabat sendiri?

dan siapa yang tak mahu hadir, melihat dengan mata kepalanya seorang sahabat yang dulu dia bermain-main, bergelak ketawa,

bahkan bermasam muka, akan akhirnya melangkah ke satu fasa kehidupan baru, menjadi seorang isteri, seorang suri di hati seorang lelaki?

dia kini bukan lagi gadis kecil yang manja, tapi seorang wanita yang bertuah.

siap dimiliki dan memikul tanggungjawab dan amanah Tuhan.

kalaulah kamu boleh tahu, betapa saya sangat ingin hadir ke majlis kamu.

tapi, maaf, keadaan sangat tidak mengizinkan.

dan saya tahu, apa pun alasan tidak memungkinkan saya memujuk kamu.

dan saya tahu, apa pun utusan tidak akan membuat kamu senang hati. kan?

tapi, jujur, saya mahu kamu tahu satu perkara.

bahawa kalau ada sahabat lain yang bergembira dan berbahagia atas perkahwinan kamu ini, maka saya adalah yang paling gembira, senang hati dan berbahagia.

dan kamu tahu, kalau kamu sedih saya tidak hadir, maka ketahuilah bahawa kesedihan saya adalah lebih dari kesedihan kamu.

dan, kamu tahu?

DIA sedang meberikan limpah rahmat dan kasih sayangNYA buat kamu.

DIA telah memakbulkan doa kita, doa saya dan kamu, semoga kamu beroleh seseorang yang baik, sebagai pasangan hidup kamu,

hari itu kelak adalah hari terindah, hari paling bahagia buat seorang sahabat yang sangat baik. sangat jujur, dan sangat memahami.

hari itu kelak, adalah menjadi bukti, bahawa tanggapan dan kepercayaan kita pada takdir dan aturanNYA, tidak pernah salah.

hari harapan menjadi kenyataan.

hari impian menjadi realiti,

hari doa dikabulkan.

berbahagialah, kakak.

walau tanpa kehadiran saya, budak kecil yang selalu nakal dan mengusik kamu.

seorang budak kecil yang terkadang hanya mampu merenung titis demi titis air matamu yang jatuh dipipi kamu, tanpa mampu berbuat apa, bahkan hanya diam dan membisu.

berbahagialah, bahawa separuh dari agamamu, kelak akan dilengkapi.berbahagialah, bahawa nanti akan ada seseorang yang lebih baik dan sudi berkongsi semua sisi kehidupanmu,

jauh lebih baik dari yang pernah saya lakukan.

berbahagialah kakak.

mungkin majlis kamu yang ini, tidak dapat saya hadiri, tapi, insyaAllah, kita akan bertemu lagi

percayalah, bahawa doa saya akan tetap mengiringi,

walau jasad, dan air mata saya tidak ada disisi.

berbahagialah, jangan ada duka, Tuhan sedang memberikan bahagia,buat kamu. Selamat Pengantin Baru buat sahabatku dunia dan akhirat...






0 SwEeT sOuR: